PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
UNIT 4 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN - Kategori Jaring
4.2 BADMINTON
PENGENALAN KEPADA BADMINTON
Badminton adalah permainan raket yang dimainkan oleh sama ada secara perseorangan (satu lawan satu) ataupun secara beregu (dua lawan dua). Pemain akan memungut mata jika bulu tangkis yang dipukul melepasi jaring dan jatuh kawasan pihak lawan.
SEJARAH BADMINTON
Permainan badminton badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India dan kemudian diperkenalkan di Malaysia. Pada tahun 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF telah ditubuhkan untuk menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa. Sir George Thomas selaku Presiden IBF yang pertama telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia yang mana ia menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon. Malaysia telah menjuarai Piala Thomas sebanyak beberapa kali. Pada tahun 1949, pasukan badminton negara Malaysia telah memenangi Piala Thomas buat pertama kali dan kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan dalam merangkul Piala Thomas iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Manakala pada tahun 1992, pasukan badminton negara Malaysia sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila pasukan badminton yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek berjaya menghadiahkan Piala Thomas kepada negara Malaysia. Pada tahun 1912, Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan. Persatuan ini adalah antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark. Pemain badminton negara yang terkenal pada suatu ketika dahulu, antaranya ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain.
TOKOH - TOKOH BADMINTON MALAYSIA
1. Dato' Haji Mohd Sidek Haji Abdullah Kamar
(Klik pautan ini untuk info lanjut: https://en.wikipedia.org/wiki/Sidek_Abdullah_Kamar)
PERATURAN PERMAINAN BADMINTON
Gelanggang
Bentuk gelanggang badminton mestilah berbentuk segi empat bujur.Ukuran gelanggang badminton bagi permainan yang melibatkan empat pemain mestilah mempunyai ukuran panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Manakala ukuran gelanggang badminton 5.18 meter lebar adalah permainan yang melibatkan dua pemain.
Permukaan kayu yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Permukaan sintetik membantu menyerap gegaran berbanding dengan lantai konkrit atau lantai parquet yang biasanya didapati di dewan-dewan serbaguna.
Pemain
a) Perseorangan lelaki
b) Perseorangan wanita
c) Beregu lelaki
d) Beregu wanita
e) Beregu campuran
Peralatan yang diperlukan
i. Jaring
ii. Raket
iii. Bulu tangkis
v. Kasut
Pengadil
i. Pengadil rasmi
ii. Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
iii. Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
iv. Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)
Cara permainan
i. Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa
ii. Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut.
iii. Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata.
iv. Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapati mata ke-15. Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja.
Minggu 1
KEMAHIRAN SERVIS
1. Servis Tinggi
i. Kaki dibuka seluas bahu dengan kaki kiri di depan apabila anda memegang raket dengan tangan kanan atau sebaliknya.
ii. Ayun tangan ke hadapan dari bawah. Bulu tangkis dilepaskan serentak dengan pergerakan tangan memegang raket.
iii. Pukul bulu tangkis dengan kuat supaya bulu tangkis naik tinggi. Ikut lajak.
Video kemahiran servis tinggi: https://youtu.be/OWTs4M4_hrQ
2. Servis Pendek