Tuesday, October 5, 2021

JAWAPAN LATIHAN PJPK TINGKATAN 2

TAJUK: LOMPAT JAUH 

Definisi lompat jauh



Fasa-fasa lompat jauh

i. 

ii.

iii.

iv.


TAJUK: T.O.T.A.P.S.

Senaraikan prosedur T.O.T.A.P.S.


Bezakan antara prosedur T.O.T.A.P.S. dengan D.R.A.B.C.


Apakah yang perlu dilakukan sewaktu prosedur observe.



TAJUK: KHEMAH


Monday, October 4, 2021

KESELAMATAN


 Gangguan Seksual

Gangguan seksual merujuk sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai gangguan sama ada berbentuk lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal.


Penderaaan Seksual

Penderaan seksual merujuk sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut mangsa serta mendorong melakukan hubungan seksual untuk memenuhi tuntutan nafsu pelaku.


Cara menangani gangguan dan penderaan seksual termasuk:

a) Buat laporan kepada ibu bapa, guru dan kaunselor

b) Tidak merahsiakan masalah gangguan dan penderaan seksual

c) Berpakaian sopan 

d) Berani berkata "TIDAK"

e) Berkawan secara sihat

f) Tidak bebas bersentuhan

JAWAPAN LATIHAN PJPK TINGKATAN 1

 TAJUK: BOLA TAMPAR

Berikan 5 peraturan asas dalam bola tampar.

1. Semasa permainan satu pihak terdiri daripada 6 orang - tidak boleh kurang

2. Permainan diadili oleh 2 orang pengadil

3. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor

4. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 8 saat dari wisel dibunyikan 

5. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.

6. Pemain boleh menggunakan mana-mana bahagian anggota badan untuk menerima bola.

7. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.

8. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.


Nyatakan 5 asas kemahiran bola tampar yang terdapat dalam video

1. 

Saturday, October 2, 2021

LUMBA JALAN KAKI

PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2

Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR)


UNIT 6 OLAHRAGA ASAS: LUMBA JALAN KAKI

PENGENALAN

Lumba jalan kaki merupakan satu daripada acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh. Acara lumba jalan kaki boleh dipertandingkan di jalan raya atau di trek. 

Peraturan lumba jalan kaki menetapkan sebelah kaki mesti berada dalam keadaan bersentuhan dengan trek atau jalan pada setiap masa perlumbaan. 

Kaki yang berada di hadapan hendaklah sentiasa lurus dari mula mencecah trek sehinggalah ke akhir perlakuan pergerakan.

Jarak yang biasa dipertandingkan dalam acaara lumba jalan kaki ialah 5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan 50 kilometer. 

Acara ini turut dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, kejohanan kebangsaan serta Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).


KEMAHIRAN LUMBA JALAN KAKI

i. Lumba jalan kaki memerlukan peserta melakukan pergerakan dengan langkah yang berterusan supaya langkah tersebut sentiasa mencecah trek.

ii. Pembatalan boleh dilakukan oleh ketua hakim sekiranya peserta tidak mencecah trek atau berada dalam keadaan "terapung" semasa pertandingan setelah menerima tiga kali amaran daripada hakim yang berbeza. 

iii. Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus dari mula mencecah trek sehinggalah benar-benar tegak ataupun kaki belakangnya melepasi badan. 

iv. Kemahiran lumba jalan kaki terbahagi kepada fasa sokongan sebelah kaki dan fasa sokongan kedua-dua belah kaki.

v. Fasa sokongan sebelah kaki pula terdiri daripada sokongan kaki hadapan dan sokongan kaki belakang. Teknik berjalan yang betul akan menghasilkan pergerakan yang efisien serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.  


TEKNIK JALAN KAKI

Lumba jalan kaki memerlukan teknik yang betul berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang khusus. Latihan yang sistematik akan memastikan teknik perlakuan yang sah dari segi peraturan pertandingan. Perlakuan yang salah akan menyebabkan peserta boleh dibatalkan kerana melanggar peraturan pertandingan. 

Semasa melakukan kemahiran lumba jalan kaki, postur badan, ayunan tangan, kedudukan kaki dan rotasi pinggul memainkan peranan penting bagi memastikan teknik perlakuan yang betul.


Postur badan

1. Pandang ke hadapan pada aras mata.

2. Kepala tegak, siku fleksi dan kepala relaks.

3. Postur badan tegak dan relaks dari mula hingga akhir langkah.


Pergerakan tangan

1. Ayunkan tangan selari dengan dada.

2. Semasa ayunan ke belakang, lengan dirapatkan ke sisi pinggul. 

3. Tangan dan bahu bergerak serentak dengan pergerakan kaki dan pinggul.

4. Kekalkan imbangan badan ketika ayunan tangan.


Rotasi Pinggul

1. Goyang pinggul dengan betul dapat menghasilkan pergerakan yang berkesan serta menambah kelajuan.

2. Ketika melangkah, pastikan tapak kaki berada pada kedudukan yang betul dan panjang langkah adalah secara maksimum. 

3. Daya yang dihasilkan akan membantu kaki untuk melangkah.

4. Bagi mendapatkan rotasi pinggul yang efisien, lakukan latihan berjalan di atas garisan lurus.

5. Semasa melakukan latihan ini, luaskan langkah serta silang kaki kiri dan kaki kanan dengan memijak garisan secara berselang-seli.


Kedudukan kaki dan tapak kaki

1. Semasa melangkah, tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu.

2. Fleksi hujung jari kaki setinggi yang mungkin.

3. Kaki perlu lurus semasa menyentuh permukaan trek.

4. Buka langkah untuk menghasilkan jarak bukaan kaki yang luas. 

5. Kedudukan kaki yang sesuai adalah seperti berjalan di atas garisan lurus.

6. Kekalkan daya dalam arah yang sama untuk meningkatkan kelajuan.

7. Lutut dibengkokkan sedikit ketika tumit mencecah trek.


UNDANG-UNDANG LUMBA JALAN KAKI

Undang-undang dan peraturan jalan kaki adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)

Antara undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki adalah seperti berikut:

1. Perlumbaan yang berlangsung di trek akan diadili oleh enam orang hakim termasuk seorang ketua hakim.

2. Kaki belakang tidak boleh meninggalkan trek sehingga tumit kaki depan menyentuh trek.

3. Kaki yang menyokong mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan trek dan kekal lurus sehingga badan peserta melepasi kaki yang menyokong.

4. Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut peraturan.

5. Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan seseorang peserta dibatalkan.

6. Tanda kuning dengan simbol kesalaha akan ditunjukkan  sebagai tanda amaran.

7. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan seseorang peserta dibatalkan.

8. Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila tiga hakim sependapat tentang cara berjalan peserta tidak mengikut definisi lumba jalan kaki. Sekiranya pertandingan diadakan di trek, peserta yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.


Monday, September 27, 2021

Penyakit

PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2

Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)


 UNIT 6: Penyakit

PENGENALAN

Penyakit merupakan keadaan tidak normal yang menyebabkan penghidapnya tidak dapat memberi tumpuan dalam menjalani kehidupan seharian. Penyakit boleh diklasifikasikan kepada penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Unit ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, diabetes, penyakit kardiovaskular dan respiratori kronik.


Penyakit berjangkit 

Boleh merebak daripada seorang individu kepada individu yang lain.


Penyakit tidak berjangkit

Tidak merebak. Merupakan penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan kepada orang lain.


1. Diabetes

Berlaku apabila paras gula tinggi di dalam darah. Pengeluaran hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah.

Gejala

Kerap berasa dahaga, cepat letih, berat badan susut, kerap membuang air, mudah terkena jangkitan kulit, luka lambat sembuh, penglihatan kabur, otot lemah, dan gatal-gatal di bahagian kemaluan. 


2. Penyakit kardiovaskular

Berlaku apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang tidak mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau tersumbat.

Gejala

Kerap sakit pada bahagian dada, kerap berdebar-debar, mudah berasa cemas, hilang selera makan, mudah berpeluh dengan banyak, kerap lelah dan sesak nafas.


3. Hipertensi

Berlaku apabila tekanan darah melebihi bacaan 140/90 mmHg

Gejala

Sakit kepala dan berdenyut-denyut di bahagian belakang kepala, kerap berasa kebas di leher, mudah marah, sukar tidur, cepat lelah dan sesak nafas serta sering gelisah.


4. Penyakit respiratori kronik

Berlaku apabila terdapat penyempitan dan keradangan pada saluran pernafasan.

Gejala

Batuk berkahak yang berpanjangan, nafas berbunyi, sesak nafas terutama pada waktu pagi, sesak nafas ketika melakukan aktiviti, simptom kegagalan paru-paru berfungsi, jantung bengkak dan kaki bengkak.


CARA MENCEGAH PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

1. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu melebihi 30 minit setiap sesi.

2. Tidak merokok dan mengambil alkohol.

3. Elakkan stres.

4. Periksa paras gula dan kolesterol dalam darah.

5. Kekalkan berat badan unggul.

6. Mengamalkan pemakanan seimbang.

7. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Lakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya anda:

1. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

2. Tidak aktif atau tidak melakukan aktiviti fizikal.

3. Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

4. Luka yang sukar sembuh, kerap dahaga, sering membuang air kecil pada waktu malam, gatal atau mendapat jangkitan kuman pada kemaluan.

5. Mempunyai tekanan darah yang tinggi, iaitu 140/90 mmHg atau lebih.

6. Berlebihan berat badan atau obes.


LATIHAN PENGUKUHAN

1. Terangkan penyakit yang boleh berjangkit

2. Berikan 7 cara mencegah penyakit tidak berjangkit.

3. Nyatakan perbezaan antara penyakit berjangkit dengan penyakit tidak berjangkit.

4. Bina peta pemikiran tentang amalan gaya hidup sihat.


Wednesday, September 22, 2021

Badminton

PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1

Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

UNIT 4 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN - Kategori Jaring

4.2 BADMINTON

PENGENALAN KEPADA BADMINTON

Badminton adalah permainan raket yang dimainkan oleh sama ada secara perseorangan (satu lawan satu) ataupun secara beregu (dua lawan dua). Pemain akan memungut mata jika bulu tangkis yang dipukul melepasi jaring dan jatuh kawasan pihak lawan. 

SEJARAH BADMINTON

Permainan badminton badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India dan kemudian diperkenalkan di Malaysia. Pada tahun 1934,  Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF telah ditubuhkan untuk menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa. Sir George Thomas selaku Presiden IBF yang pertama telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia yang mana ia menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon. Malaysia telah menjuarai Piala Thomas sebanyak beberapa kali. Pada tahun 1949, pasukan badminton negara Malaysia telah memenangi Piala Thomas buat pertama kali dan kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan dalam merangkul Piala Thomas iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Manakala pada tahun 1992, pasukan badminton negara Malaysia sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila pasukan badminton yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek berjaya menghadiahkan Piala Thomas kepada negara Malaysia. Pada tahun 1912, Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan. Persatuan ini adalah antara  persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark. Pemain badminton negara yang terkenal pada suatu ketika dahulu, antaranya ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain.


TOKOH - TOKOH BADMINTON MALAYSIA

1. Dato' Haji Mohd Sidek Haji Abdullah Kamar 

(Klik pautan ini untuk info lanjut: https://en.wikipedia.org/wiki/Sidek_Abdullah_Kamar)


2. Datuk Lee Chong Wei 
(Klik pautan ini untuk info lanjut: https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei)






3. Datuk (Dr) Mohmed Misbun Dato' Haji Mohd Sidek
(Klik pautan ini untuk info lanjut: https://en.wikipedia.org/wiki/Misbun_Sidek)


4. Dato' Mohammad Razif Bin Dato' Haji Mohd Sidek
(Klik pautan ini untuk info lanjut: https://en.wikipedia.org/wiki/Razif_Sidek)



                                


 




PERATURAN PERMAINAN BADMINTON

Gelanggang

Bentuk gelanggang badminton mestilah berbentuk segi empat bujur.

Ukuran gelanggang badminton bagi permainan yang melibatkan empat pemain mestilah mempunyai ukuran panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Manakala ukuran gelanggang badminton 5.18 meter lebar adalah permainan yang melibatkan dua pemain.

Permukaan kayu yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Permukaan sintetik membantu menyerap gegaran berbanding dengan lantai konkrit atau lantai parquet yang biasanya didapati di dewan-dewan serbaguna. 


Pemain

a) Perseorangan lelaki

b) Perseorangan wanita

c) Beregu lelaki

d) Beregu wanita

e) Beregu campuran


Peralatan yang diperlukan

i. Jaring








ii. Raket








iii. Bulu tangkis













iv. Gelanggang







v. Kasut






Pengadil

i. Pengadil rasmi

ii. Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)

iii. Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)

iv. Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)


Cara permainan

i. Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa

ii. Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut. 

iii. Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata. 

iv. Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapati mata ke-15. Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja.


Minggu 1

KEMAHIRAN SERVIS

1. Servis Tinggi








i. Kaki dibuka seluas bahu dengan kaki kiri di depan apabila anda memegang raket dengan tangan kanan atau sebaliknya.

ii. Ayun tangan ke hadapan dari bawah. Bulu tangkis dilepaskan serentak dengan pergerakan tangan memegang raket.

iii. Pukul bulu tangkis dengan kuat supaya bulu tangkis naik tinggi. Ikut lajak.

Video kemahiran servis tinggi: https://youtu.be/OWTs4M4_hrQ

2. Servis Pendek

i. Fleksi siku dengan membawa raket ke hadapan.

ii. Pukul kepala bahu tangkis. Badan bergerak sedikit ke hadapan.

iii. Fleksi siku. Raket diayun ke depan dan menyentuh bulu tangkis. Ikut lajak.

Video kemahiran servis pendek: https://youtu.be/ay5i3L2z1B8


Minggu 2

KEMAHIRAN PUKULAN

1. Pukulan hadapan


i. Pegang raket mengikut teknik pegang depan
ii. Bawa raket ke belakang dengan membengkokkan siku
iii. Pergerakan pergelangan tangan dikunci
iv. Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis melebihi ketinggian jaring

video pembelajaran pukulan hadapan: https://youtu.be/QWPYmCPN2YU (tengok kat kemahiran asas 3)

2. Pukulan kilas


i. Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada
ii. Ayun raket ke hadapan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu
iii. Ikut lajak selepas memukul bulu tangkis

video pembelajaran pukulan kilas: https://youtu.be/9fmclepgAfY


Minggu 3

Kemahiran Pukulan Lob

Lob dalam permainan badminton adalah pukulan yang dilakukan untuk menghantar bulu tangkis ke garisan belakang gelanggang lawan. Layangan bulu tangkis adalah tinggi dan jatuh menjunam ke garisan belakang du gelanggang lawan. Pukulan lob memberi masa kepada pemain yang melakukannya untuk bergerak ke kawasan tengah dalam gelanggangnya dan bersedia untuk menerima pukulan lawan. Pukulan lob biasanya dilakukan sebagai pukulan bertahan dari garisan belakang gelanggang atau kawasan berhampiran dengan jaring. Pukulan lob boleh dilakukan dengan pukulan hadapan dan pukulan kilas bergantung pada kedudukan bulu tangkis.

Semasa melakukan lob hadapan dari bahagian belakang gelanggang, raket dipegang atas paras kepala sambil bergerak ke arah bulu tangkis. Raket diayun ke belakang dan bulu tangkis dipukul semasa berada pada posisi tinggi di ayas kepala. Lob kilas dari bahagian belakang gelanggang pula dilakukan dengan raket dipegang di atas paras bahu bukan dominan semasa bergerak dan memukul bulu tangkis pada posisi tinggi di atas kepala.

Semasa melakukan lob hadapan dan lob kilas di kawasan berhampiran dengan jaring, raket dipegang di bahagian hadapan badan dengan kepala raket lebih rendah daripada pergelangan tangan. Bulu tangkis dipukul dari arah bawah dengan kilasan pergelangan tangan semasa kontak dengan bulu tangkis. 


Kemahiran Pukulan Junam

Pukulan Junam atau drop shot merupakan salah satu pukulan yang boleh mengelirukan pihak lawan dalam permainan badminton. Tujuan utama pukulan ini adalah untuk mengelirukan pihak lawan. Apabila anda melakukan pukulan junam, bulu tangkis akan mendarat berhampiran dengan jaring. Pihak lawan akan hilang keseimbangan kerana terkeliru dengan pukulan yang dilakukan. Ini akan memberi peluang untuk anda menyerang bahagian tengah atau bahagian belakang gelanggang. 

Video pembelajaran kemahiran pukulan lob dan kemahiran pukulan junam: https://youtu.be/VcluBrL63Ag


Monday, September 20, 2021

Khemah

PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2 

Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

UNIT 7: Rekreasi dan Kesenggangan


PENGENALAN

Definisi rekreasi dan kesenggangan

Rekreasi dan kesenggangan merupakan aktiviti terancang yang bertujuan memberi kepuasan, keseronokan serta ketenangan jiwa dan minda kepada individu yang terlibat.


Aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan adalah:

a) Perkhemahan

b) Berkayak

c) Mendaki Gunung

d) Berakit

e) Permainan Tradisional


Penglibatan murid dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan ini dapat

a) memelihara serta memupuk persefahaman

b) semangat kerjasama

c) mewujudkan suasana kemesraan 

d) mengeratkan perhubungan


Topik ini memfokuskan kepada perkhemahan di mana murid dapat mengaplikasikan jenis simpulan dan ikatan semasa membina khemah.


KHEMAH

Apa itu khemah?

Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.


Jenis-jenis khemah

a) Khemah nylon berbentuk A atau pocho

Khemah ini biasanya digunakan oleh tentera. Khemah ini sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Kelebihan khemah jenis ini ialah memberikan kitaran udara yang baik di tempat - tempat yang agak panas. 

                                                                      Khemah nylon berbentuk A (Pocho)


b) Khemah nylon berbentuk Dome

Khemah ini sesuai digunakan dipergunungan. Kelebihan khemah ini ialah boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari masuk ke dalam.


                                                                 Khemah nylon berbentuk dome

        

Perkara penting sebelum mendirikan khemah

a) Tapak perkhemahan yang sesuai (tanah lapang dan rata)

b) Berhampiran dengan sumber air

c) Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

d) Terlindung daripada tiupan angin secara terus.


SIMPULAN DAN IKATAN UNTUK BERKHEMAH

1. Ikatan simpul manuk

Ikatan simpul manuk ini biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau tiang. Ikatan ini tidak mudah terurai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Ikatan ini juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. Pada bahagian khemah, simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada tiang khemah. 

Teknik ikatan simpul manuk


i) Mulakan simpulan pada kayu

ii) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

iii) Tarik hujung tali.

Video pembelajaran untuk ikatan simpul manuk (clove hitch)https://youtu.be/LTVn9f-Rk00


2. Ikatan pengail (Fisherman's Knot)

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada pancang khemah. Ikatan ini kuat dan kukuh. Selain sesuai digunakan untuk membina khemah, ikatan ini juga digunakan untuk mendaki bukit (abseiling dan rappelling). 

Teknik ikatan pengail

i. Buat dua gelung tali, kemudian masukkan hujung tali.

ii. Lakukan dua lingkaran tali.

iii. Ikat pada hujung tali itu.

Video pembelajaran untuk ikatan pengail (Fisherman's Knot): https://youtu.be/okiSqnDlC5I


3. Ikatan silang gunting

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali jambatan, menara, gajer dan menyambung kayu. Sesuai untuk membuat tripod. Ikatan ini kuat dan kukuh untuk mengikat dua atau tiga batang kayu supaya bercantum.

Teknik ikatan silang gunting

i. Mulakan ikatan simpul manuk pada mana-mana kayu.

ii. Belitkan kedua-dua kayu sehingga ketat.

iii. Belitkan tali di celah kedua-dua kayu beberapa kali.

iv. Matikan ikatan dengan simpul manuk.

Video pembelajaran untuk ikatan silang gunting (Sheer Lashing): https://youtu.be/tFjbKWZaIiE


4. Ikatan serong

Ikatan serong ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu, pancang dan gelung besi. Ikatan ini kuat dan kukuh. Ikatan ini sesuai digunakan untuk membuat gajet meja, kerusi dan tempat memasak. 

i. Mulakan dengan ikatan simpul manuk.

ii. Mulakan melilit secara menyerong.

iii. Lilit beberapa kali.

iv. Lilit sehingga kemas.

v. Kemudian, lilit secara menyerong.

vi. Matikan dengan ikatan simpul manuk.

Video pembelajaran untuk ikatan silang serong (Diagonal Lashing)https://youtu.be/vaPacWXwg3A


5. Ikatan seraya

Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan rakit. Ikatan ini dimulakan dengan simpulan manuk kemudian dililitkan dengan kemas dan matikan dengan ikatan simpul manuk.

Teknik ikatan seraya

i. Mulakan dengan ikatan simpul manuk.

ii. Lilit tali beberapa kali dari atas ke bawah.

iii. Lilit tali beberapa kali di celah kayu.

iv. Lilit sehingga kemas dan ketat.

v. Matikan dengan ikatan simpul manuk.

Video pembelajaran untuk ikatan seraya (Square Lashing): https://youtu.be/SvMIq2Zha9U


AKTIVITI 1

1. Pelajar dikehendaki memilih jenis ikatan dan merakam video bagi ikatan yang dipilih.

 

LATIHAN PENGUKUHAN 1

1. Berikut merupakan ciri-ciri tapak dan kawasan perkhemahan KECUALI ..

A. Kawasan lapang 

B. Mendapatkan kebenaran dan maklumat

C. Tidak jauh daripada penduduk atau penempatan

D. Tidak mempunyai kemudahan asas


2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memastikan kawasan untuk mendirikan khemah tidak berada di kawasan berumput tebal dan panjang?

A. Untuk mengelakkan dari terpijak benda tajam seperti kaca.

B. Untuk mengelakkan daripada bahaya serangga dan binatang berbisa seperti lipan dan ular.

C. Supaya tapak khemah dapat dibina di kawasan yang rata.

D. Supaya laluan peserta perkhemahan tidak terhalang.


3. Nyatakan lokasi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.

A. Gedung membeli-belah 

B. Padang sekolah

C. Rumah usang

D. Kolan renang


4. Barangan keperluan berikut tidak sesuai dibawa ketika perkhemahab kecuali:

A. Laptop

B. Lampu suluh

C. Set Geometri

D. Bantal busuk


5. Peralatan dibawah tidak perlu dibawa semasa perkhemahan melainkan.....

A. Kotak pertolongan cemas

B. Barangan kaca

C. Barang kemas

D. Wang yang banyak


6. Berikut merupakan kaedah terbaik dalam pemilihan tapak perkhemahan kecuali:

A. Dekat punca air

B. Permukaan rata

C. Mudah dihubungi

D. Puncak bukit



















JAWAPAN LATIHAN PJPK TINGKATAN 2